Sunday 15 April 2012

SEORANG LELAKI MENJAWAB KELUHAN 7 ORANG PEREMPUAN. *RENUNGAN BUATMU WANITA*

Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka

Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”



Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas.

Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: 

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Beruntung perempuan ini

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: 

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Isteri kepada lelaki yang sedang berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya

Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.


Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.


Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.

Usahlah mengeluh kaum wanita. Sesungguhnya Allah swt sayang padamu ....



Saturday 7 April 2012

PADAH SEKS BEBAS!! ELAKKANNYA DARI SEKARANG!

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi maha Penyayang..

Hoorayy!!valentine sudah tiba!!

sudahkah anda membuat persiapan..? dah beli ceklet..? bunga ros..? dah serve meja untuk candle lamp dinner ke..?

kalo sudah anda lah orang yang berjaya untuk ditipu ideologi kuffar. tahukah anda berapa ramai anak luar nikah yang dilahirkan hasil dr Malam Romantis valentine..? brapa ramai yang dh hilang virgin dr malam tersebut..? brapa ramai yg buat abortion..? dan brapa ramai pasangan yang mlakukan seks secara beramai2 pada malam tersebut..?Dan berapa ramai anak luar nikah yang dihasilkan pada bulan 10 selepas malam valentine..?

bila dah mengandung, bagi menutup malu mesti akan terdetiknya untuk menggugurkan kandungan tersebut.

sekiranya mengandung anak luar nikah, adakah si bakal ibu akan happy dan terus memaklumkan smbil mengucap tahniah kepada kedua ibu bapanya bahawa mereka akan mnjadi bakal nenek dan datuk. tidak bukan..?

Mohon keterbukaan minda dan muhasabah dengan sbaiknya di apabila membaca artikel ini.hilangkan sukzon hitam anda.x ramai remaja yang tahu dan sedar.kerana di mata pelaku maksiat, smuanya dilihat indah2 belaka. peringatan dan azab Allah ditolak ketepi.ini hakikatnya.nak tak nak inilah realiti yang berlaku sekitar kita. orang thu sedap nk buat, x tahu pun sakit selepas itu.

Bila tgok cara doktor gugurkan bayi ni, korang still terdetik ke nak buat abortion..?


jom kita tengok alat apa yang digunakan doktor untuk pengguguran.

Firstly, doktor akan guna jarum ini dan memasukkannya ke faraj anda untuk menyuntik air yang berlarutan garam bagi melemaskan bayi. ini baru mukaddimah, korang still rasa abortion x sakit ke..?



seterusnya, doktor akan guna kan speculum ni untuk membuka lubang faraj dengan lebih luas dengan bukaan seluas 10 cm. (nak tengok besar mana..? pi check pmbaris sekarang.)

dimasukkan macam ni...skru akan diputar2 dan faraj akan terbuka sedikit demi sedikit. siap terkoyak lagi.pedih.korang ingat x sakit ke?

x habes takat tu je,untuk mengeluarkan janin doktor yang baik hati itu menggunakan Cannulatube iaitu vakum yang sedutannya berkali ganda lebih kuat dr vakum biasa. tin biskut pun x sampai 5 saat dah remuk dikerjakan vacum ni.dah tin biskut pun remuk,rahim yang berorgan lembut itu apatah lagi.??


Lepas habis janin2 tersebut disedut vacuum yang canggeh itu, sisa2 janin yang tertinggal akan dikeluarkan menggunakan alat ni


untuk pengetahuan kalian, ini bukanlah pemicit jerawat yang slalu dijual dikedai2 runcit apatah lagi pengorek telinga.bnda ni adalah pengorek janin.hujungnya tajam seperti pisau dan dinding rahim si penggugur seni akan disiat2 menggunakan pisau mini ini.sisa2 janin yang tertinggal di rahim akan dikikis dan dikikis berkali2 seperti mengikis isi kelapa muda.

itu kalo janin masih kecil. tetapi sekiranya janin sudah membesar..cara ini digunakan..

sekali lagi saya ingin tegaskan, ini bukanlah pengepit kuih yang slalu digunakan makcik2 yang jual kuih pagi2 tu. bnda ni dinamakan forsep, dan fungsi forsep adalah seperti ini


ingat cara ni x sakit..? risiko maut untuk anda lebih tinggi. bila2 masa sahaja nyawa akan ditarik.dan sudah tentu, rahim anda still akan dikikis oleh pisau tajam currette.

''eleyh.. xpelah, try guna kaedah tradisional, lebih jimat and senang..''

abortion kaedah moden kan mahal maka slalunya kaedah tradisional akan digunakan.dan anda akan berhadapan dengan ini..


batang ubi kayu yang hujungnya ditajamkan dimasukkan ke dalam faraj anda.dan batang kayu yang tajam itu akan di jolokkan dan diputar2 kan di dalam rahim anda. masa yang diambil agak lama.Kaedah tradisional ini mengundang risiko maut yg sgt tinggi dan bila2 masa sahaja nyawa akan ditarik dan sempatkah anda untuk bertaubat ketika itu?



wahai penggugur bayi, anda memang KEJAM!


LELAKI SELAMAT KE..???

kita muhasabah hadis ni, ini adalah azab Allah kepada mereka yang melakukan seks bebas dan seks luar nikah.

"Tidaklah nampak suatu pbuatan MAKSIAT (ZINA) pd suatu kaum hingga mereka terang-terangan melakukannya, kecuali mereka akanditimpa penyakit berjangkit & penyakit2 lain yg belum pernah ada pd org2 dulu sblm mereka“ (HR Ibnu Majah)

korang thu x apa pnyakit yang baru mncul di zaman kini yang tiada pada umat2 terdahulu akibat perbuatan seks..?

1) PENYAKIT HIV AIDS


Dan untuk pengetahuan anda, Penawar untuk AIDS tiada.yang ada cuma ubat yang melambatkan penyakit tersebut. itupun kos nya sangat2 tinggi dan hanya org tertentu boleh membelinya.Awal2 lagi Allah sudah menunjukkan kekuasaanNya sebagai peringatan kepada mereka2 yang masih lalai.


2) PENYAKIT S.T.D (sexual transmitted disease)



penyakit S.T.D berjangkit dari hubungan seks, ibu berpenyakit S.T.D menyusukan anaknya, dan lelehan cecair dari vagina atau penis.

3)PENYAKIT GONOREA

tanda2 pnyakit gonorea adalah keputihan yang terlalu banyak dan kencing kadang kala tidak lawas. Apabila kencing, kencing keluar nanah dan darah. mata juga akan bernanah dan mengakibatkan buta. Dan juga boleh terkena pada kemaluan lelaki.


4) PENYAKIT SIFILIS

penyakit sifilis akan mengakibatkan ulser DIDALAM KULIT. sifilis boleh terkena pada lidah, iaitu kondom yang dihisap.


5) KETUAT (WART)

Ketuat adalah ketuat lah. apa lagi. hehe. tp bezanya Genital Warts ni, adalah ketuat yang tumbuh di kemaluan. ketuat di kaki boleh lah kopek. ketuat di kemaluan korang nak kopek macamana..? ketuat ni akan mengeras pada kemaluan. boleh jadi banyak smpai bertimpa-timpa.



''Kami guna kondom, pasti selamat!''

adakah anda tahu ramai juga pengguna kondom yang gagal menghalang pregnancy..?diatas bnyak sbb pecah di dalam rahim, berlubang dan sebagainya.

Prof. Dr. H. Dadang Hawari dalam seminar tentang HIV/AIDS di Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia menyatakan konsentrasi virus HIV/AIDS banyak terdapat pada cairan liang senggama, sperma dan darah.

Pemakaian kondom menurutnya, tidak 100% selamat, ianya hanya mengurangkan risiko penularan AIDS/HIV sebanyak 30%. Hal ini disebabkan material kondom mengandungi beberapa kelemahan seperti:

• Bahan kondom terbuat dari karet (latex) yang merupakan senyawa hidrokarbon dengan polimerisasi; yang bererti berserat dan berpori bagaikan tenunan kain.

• Pori-pori kondom dan virus HIV/AIDS hanya dapat dilihat melalui elektron mikroskop.

• Sperma dapat dilihat dengan mikroskop biasa, sedangkan virus HIV/AIDS hanya boleh dilihat dengan elektron mikroskop. Kadar kegagalan penggunaan kondom dalam mengawal kehamilan mencapai 20%. Di Indonesia setiap tahun terdapat 3,5 juta kehamilan yang tidak diinginkan, dimana 60% diantaranya minta digugurkan.

dan penyakit2 di atas tetap akan berjangkit dengan cara lain walaupun anda menggunakan kondom.Bnda salah tetap salah, INGAT! Allah tetap akan tunjuk. Sekiranya Allah mengatakan ''JADILAH'' maka jadilah ia. saat Allah takdirkan janin itu tetap akan berada di dalam rahim si gadis maka jadilah ia. maka saat itu, jangan menyesal tidak berguna. kuasa Allah melebihi segala2 nya. Istighfar..

maka., sempena valentine yang dinantikan ramai pasangan muda saya ingin meberikan pesan..,

jangan Mudah terpengaruh dengan ideologi barat. cara hidup mereka tidak berpandukan fitrah mnusia yang sepatutnya. Allah sudah menggariskan cara hidup yang bersyariat. Yakin, pasti ada sebab, kenapa tidak boleh mlakukan seks bebas.kita sendiri tidak tahu adakah pasangan kita itu menghidap penyakit diatas atau tidak.INGAT, di dalam azab dan kekuasaan Allah itu, segala kemungkinan yang mustahil akan terjadi.

Kalian mungkin akan seronok sekarang, tapi pasti Allah akan tunjuk, anda akan terkandas kemudian hari.kembalilah, still belum terlambat sebelum ajal menjemput. jalan pulang kepangkuan Allah itu terlalu luas.


Mohon jasa baik anda sebarkan ilmu ini sebagai kempen memerangi valentine.sebarkan ilmu ini, kerana masih ramai lagi yang hanyut di luar sana tidak mengetahui bahana sebenar seks bebas.semoga allah mrahmati jihad kita pada hari valentine 14/02/2012 ini. semoga Allah memberi hidayah pada hati2 mereka. Amiin ya Rabbi



SumbEr ::: fatinhambahina :::


byebye! sye OFF dulu , hrap ilmu ini ade manfaatnye^^